2


Bulan Ramadhan yang mulia ni pun masih aktif lagi pelakon Janna Nick, tahu la memang jenis perangai ‘gila-gila’ pun.. Tapi, tengok la keadaan dulu la nak tunjuk perangai ‘gila-gila’ tu.. Mula-mula tengok perangai Janna ni boleh diterima, bila dah selalu dok buat macam ni nampak macam ‘gedik’ ja..

Terbaru, di bulan Ramadhan pun Janna masih lagi kerja dan sedang sibuk shooting drama ‘Suami Tanpa Cinta Raya’.. Drama ‘Suami Tanpa Cinta’ kan mendapat sambutan ramai, so akan ada sambungan untuk raya.. Selalu drama macam ni bila raya ja, hero dan heroin dah berkahwin si isteri mesti mengandung..

Janna dah pegang watak isteri yang hamil, dulu dengan pakai baju ala wanita hamil Janna buat perangai lompat-lompat di tangga.. Kali ini, Janna muatnaik video berjoget tanda dah pun bangun sahur di set penggambaran.. Bersama Janna berjoget adalah pelakon dan penyanyi Mark Adam..

Sebabkan dah berjoget dengan imej wanita bertudung dan hamil, ada pihak rasa tindakan Janna ni seperti merendahkan darjah wanita berhijab dan hamil kat luar sana.. Boleh kalau nak bergurau, tapi berpada-pada.. Janna tu wanita, ingat lelaki kat luar sana tu suka sangat ke tengok aksi ‘gedik’ wanita macam ni?

Ada juga ‘haters’ yang gelar Janna ni macam binatang yang suka dok melompat-lompat tu.. Alah, monyet kan suka terkinja-kinja macam Janna ni, tak boleh nak duduk diam.. Suka sangat buat aksi pelik kan dah dapat gelaran baru.. Hahaha..

Di awal kemunculan tengok Janna ni sopan je macam gadis melayu terakhir.. Baru nak dijadikan calon isteri oleh lelaki-lelaki kat luar sana, dah tengok perangai ‘gedik’ terkinja macam ni terus terbantut hajat bakal suami Janna..

Nanti dah kahwin jangan dok terkinja-kinja macam ni lagi la Janna oit.. Perangai ‘gila-gila’ pun tengok tempat dan keadaan sama ye Janna? Dah macam tomboy dah Miss A tengok Janna la ni.. - MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

  1. Pempuan tu memang gedik pun. Aku mmg tak minat langsung tgk semua drama dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekurang-kurangnya dia baru umur 21 dah ade kerjaya sendiri,ade produk sendiri. Kau ade ape??

      Delete

 
Top