0

Keluarga 69 di atas kertas, Datuk Seri Azmin Ali menjadi Menteri Besar Selangor kerana sokongan daripada 13 ADUN PAS. Tapi realitinya PAS di Selangor umpama pembangkang, selepas PKR langsung tidak pandang mereka dan mengarahkan jentera parti menyokong parti serpihan PAS iaitu Parti Amanah Negara (PAN).

Di satu sudut lain, PAS yang selalu cakap besar mengenai kekuatan cawangan mereka dan jentera akar umbi ketika berunding kerusi dengan parti-parti pembangkang, kini berdepan situasi yang akan menguji samada dakwaan itu benar atau tidak selepas mereka tidak dibantu oleh pakatan pembangkang lain dalam pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Lebih melukakan hati PAS lagi,  Azmin yang jadi MB kerana sokongan PAS, sudah u-turn dengan memberikan sokongan terbuka kepada PAN.

Tanpa sokongan PAS, Azmin hanyalah ADUN biasa di Selangor yang kebetulan Timbalan Presiden PKR. Tapi bak kata pepatah 'habis madu sepah dibuang'.

Azmin menggunakan kedudukannya selaku bos di Selangor, mengarahkan semua jentera parti itu turun padang membantu calon Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Menurut Azmin keputusan itu dibuat parti bagi menyokong dan memastikan kemenangan calon PAN dalam PRK itu.

Katanya, beliau juga ingin mengucapkan yang terbaik kepada calon PAS, Dr Abdul Rani Osman pada PRK ini.

"Dr Abdul Rani adalah sebahagian dalam kerajaan negeri Selangor selain penyokong (backbencher) yang aktif memberi sokongan terhadap dasar kerajaan.

"Jadi saya ucapkan selamat maju jaya kepada beliau dalam PRK ini. Tetapi saya berharap PAS dan PAN akan memberi tumpuan terhadap Barisan Nasional (BN) dalam kedua-dua PRK ini," katanya..

Post a Comment

 
Top