0

Memang tak dinafikan pelawak Jep Sepahtu memang nampaknya dah selesa menjadi DJ radio di Sinar FM.. Di awal kemunculan dan pertama kali menjadi DJ, Jep dan ahli kumpulan Shuib dan Rahim agak kekok..

Dah lama menjadi DJ radio, bila dengar slot Sepahtu Sinar Miss A sendiri tertarik untuk mendengar lawak-lawak dorang.. Punchline yang disampaikan kumpulan Sepahtu memang sampai pada para pendengar.. Kiranya jadi DJ tak syok sendiri macam DJ Era FM, siapa tu Tauke Jambu.. Hahaha..

Dah lama jadi DJ radio ni Miss A tengok dah jarang nampak muka Jep di kaca TV.. Jep dah tak mahu jadi pelawak dah ke? Banyak peminat Jep yang fikir Jep dah tak mahu lagi jadi pelawak, mungkin hanya mahu dikenali sebagai DJ Radio..

Kali terakhir Jep terima tawaran berlakon adalah dalam program komedi Sepahtu Reunion.. Jep dedahkan memang diri dia dah selesa jadi DJ radio, iyerlah jadi DJ radio, jadual tak padat.. Tekanan kerja pun kurang, masuk kerja macam bersembang dengan kawan-kawan kat kedai kopi, siapa yang tak nak kan?

Kalau ada tawaran lakonan pun Jep tak akan terima.. Kalau tak mengganggu jadual kerja di radio dan tawaran lakonan beri keselesaan padanya, baru Jep akan terima.. Tengah popular boleh la Jep nak memilih tawaran, jangan nanti Jep jadi macam DJ lama Sinar FM sudah la.. Dah lama berbakti pada radio Sinar, bila cara penyampai dah tak dapat tarik minat pendengar Jep kena tamatkan kontrak..

Meroyan pulak Jep macam bekas DJ Sinar FM, iaitu Raja Azura sebab ditamatkan kontrak dengan notis singkat.. Tak silap Miss A, Raja Azura dah berbakti pada Sinar FM hampir 10 tahun.. Slot Raja Azura, Salih Yaacob dan Khairil Rashid digantikan dengan slot kumpulan Sepahtu..

Tak salah pihak radio nak tamatkan kontrak DJ lama, tapi bagi la notis dulu sebelum tamatkan kontrak.. Ini dapat notis tak sambung kontrak tiga minggu dari tarikh tamat.. - MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top