0

Kalau buka TV, mesti dah mula iklan-iklan untuk hari raya dah mula ditayangkan di kaca TV kan? Uolls semua dah tengok iklan Aidilfitri 2016 bertemakan #berikanmasa terbitan Astro? Iklan Aidilfitri tahun ini menampilkan kisah benar seorang gadis yang bernama Zika.. Bukan virus Vika tau..hahaha

Iklan ini nampaknya dah memberi kesan yang agak mendalam pada Pengacara Jihan Muse.. Pihak Astro ada buat program Majlis Sidang Media di Hotel Majestric pada isnin lalu.. Semasa program dijalankan pihak Astro turut menjemput Zika serta ibunya..

Jihan dan Datuk AC Mizal telah pun digandingkan sebagai hos program itu.. Selepas tamat program itu, mak Zika iaitu Habibah datang jumpa Jihan.. Mulanya, ibu Zika senyum macam seronok dapat jumpa Jihan, tiba-tiba mata mak Zika merah seperti menahan air mata..

Mak Zika pegang tangan dan merenung wajah Jihan sambil berkata wajah Jihan buatkannya teringat pada arwah anaknya iaitu kakak Zika setiap kali tengok Jihan di kaca TV, bila dapat jumpa Jihan secara berdepan, mak Zika bertambah sebak dan tak dapat menahan air mata tanda rindu..

Suasana itu dah buatkan Jihan turut berasa sebak, Jihan hanya mampu cakap minta mak Zika tengok TV banyak kali dan tengok wajahnya buat lepas rindu pada arwah anaknya Sharifah Azmi.. Selepas insiden itu Jihan dah memuatnaik status akaun Facebooknya..

“Kesimpulannya di sini, kita kadang-kadang  tak tahu apa tanggapan orang kat kita, apa orang harapkan pada kita. Yang penting jangan sombong dan #berikanmasa untuk setiap moment dalam hidup kita. Mungkin ada benda tak penting untuk kita tapi besar nilainya untuk orang lain. Saya doakan untuk Zika dan makcik Habibah semoga kekal bahagia. Al Fatihah utk arwah Shafikah & pakcik Azmi..” tulis Jihan..

Pada yang tak tengok lagi iklan Aidifitri kisah Zika, Miss A payung video ini pada uolls.. Pastinya ini adalah kisah benar dan akan menyentuh hati uolls dan semoga iklan ini dapat buatkan uoll semua lebih menghargai orang sekeliling.. MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top