0

Amboiiii! Baik punya tempat letak makanan dorang yer.. Dah tak ada pinggan cantik ke nak hidang makanan tu sampai menggunakan mangkuk tandas bagai.. Pelik betoiii!

Tak faham betul Miss dengan pemikiran orang sekarang ni, nak kelainan tu sampai benda yang tak patut dibuat pun boleh buat..

Agak-agak korang nak makan tak makanan yang dihidang dalam mangkuk tandas macam tu yer?? Miss rela kelaparan daripada menjamah makanan dalam tu walaupun benda tu baru punya..

Yela, tengok jer pun dah rasa kembang tekak dan terbayang-bayang benda menjijikkan kat depan..

Makanan yang disediakan tu memang sedap dimakan, tapi dihidang dalam tu bikin terbantot nak makan jer! Huhuuhu..

Korang lihat gambar di atas tu, berselera betul dorang makan.. Tak boleh blah tu, ‘kerusi’ yang dorang duduk tu pun mangkuk tandas..

Ni betul-betul ‘tema’ mangkuk tandas! Siapalah yang bagi idea tu yer?? Yang lain pun setuju jer, kononnya tu nak kelaianan dari kebiasaan orang lain buat.. Tapi dorang tak sedar, tu dah serupa bangang dan menjijikan jer! Puhhh!.. MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top