2


Apa perasaan korang bila korang beli makanan, tapi dipenuhi dengan ulat pulak?? Itulah yang berlaku pada seorang lelaki yang mengalami pengalaman meloyakan bila menemui ulat dalam juadah berbuka puasa yang didakwa dibeli di sebuah bazaar Ramadhan di Kedah..

Spoil betoii nak makan bila nampak benda macam tu dalam makanan, betul tak?? Dalam rakaman video yang dimuat naik tu, menunjukkan terdapat ulat yang bergerak-gerak pada ikan yang dibeli oleh lelaki tu..

Lelaki tu mengatakan dia pada mulanya tak perasan kewujudan ulat tu semua, tapi selepas ikan habis separuh.., baru perasan ada ulat bersepah-sepah di dalam isi ikan tu.. Kembang tekak jer dengar, apatah lagi yang mengalami nasib tu sendiri noh! Huhuhu..

Selepas tersebar di media sosial, ramai yang meminta lelaki tu memberitahu lokasi gerai terbabit.. Namun, lelaki tu enggan mendedahkannya kerana tak ingin menjatuhkan air muka peniaga tersebut.. Kira bagus lah macam tu!

Kalau nak berniaga tu biarlah ikhlas dan jujur, jangan semata-mata nak untung jer.. Pembeli beli bukannya pakai daun yang dipetik di pokok.. Kesianlah dorang, nak berbuka puasa tapi makanan jadi macam tu pulak.. Terbantut nak makan dan rugi duit dorang membeli!! - MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

  1. ramai yang meminta lelaki tu memberitahu lokasi gerai terbabit.. Namun, lelaki tu enggan mendedahkannya kerana tak ingin menjatuhkan air muka peniaga tersebut..

    kalu udah xmau dedahkan..
    kenapa kluarkan cerita ni.. ?

    sengaja mencari publicity murahan.. mencari simpati.. atau punyai perasaan hasad dengki kpd para peniaga di bazaar ramadhan..gitu.. ?

    ReplyDelete
  2. taknak bagi tau lokasi konon
    kau nak org lain pun terkena jugak ke
    peniaga mcm ni kena diajar

    ReplyDelete

 
Top