0

Tak sangka dalam ‘diam-diam’ pelakon Julia Zieglar bakal bernikah dengan jejaka pilihan yang merupakan seorang jurutera kimia.. Julia masih lagi merahsiakan identiti kekasihnya, cuma jejaka itu dikenali sebagai Johan dan berasal dari Ampang, Selangor..

Julia maklumkan pertemuan antara kedua-dua belah keluarga dah pun dibuat, dan pasangan ini dah pun merancang untuk melangsungkan pernikanan dalam tahun ini..  Kalau perancangan pasangan ini untuk bernikah tak kesampaian, pasangan ini bakal bernikah awal tahun depan..

Julia maklumkan dah lama berkenalan dengan Johan, tapi pertemuan pertama dibuat di sebuah restoran.. Cinta mula berputik sejak pertemuan di restoran, kiranya 'cinta pandang pertama'.. Bukan saja berbudi bahasa, penyayang dan mengambil berat malah kacak juga adalah satu bonus.. .

Semakin tak sabar pulak Miss A nak tengok bakal suami Julia, tampan tang mana tu.. Cukup pakej bakal suami Julia ni.. Diharap bakal mendirikan rumahtangga dengan jurutera kimia nanti Julia tak meroyan lagi di akaun Instagram artis lain..

Ingat lagi tak Julia pernah meroyan dan tinggalkan komen yang pelik di ruangan komen pelakon Putri Najuwa? Ada pihak mendakwa Julia meroyan sebab kekasih Putri Najuwa yang dikenali sebagai Zaid.. Ada timbul isu caras mencaras mungkin antara dua pelakon wanita ini..hehehe

Apapun, di bulan puasa ini Julia dah ambil peluang untuk bercuti dan tak menerima sebarang tawaran lakonan..Julia lebih banyak menghabiskan masa dengan keluarga dan menyertai kerja amal..
MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top