0

Walaupun dah pulang ke Malaysia setelah menyambung pelajaran dalam bidang perfileman di Universiti Western Michigan, Amerika Syarikat.. Wajah Juliana masih lagi tak memenuhi kaca TV, ada pihak yang merasakan Juliana kurang dapat tawaran dan sudah tak aktif dalam industri seni..

Sebenarnya Juliana masih lagi aktif dalam industri seni, walaupun dah lama tak nampak wajah Juliana di kaca TV tak bermakna Juliana tak mendapat tawaran untuk berlakon.. Juliana dedahkan pulang dari Amerika Syarikat, Juliana dah terima banyak tawaran bukan saja dalam bidang lakonan, tapi ada juga untuk bidang pengacaraan..

Juliana bakal menjadi host untuk program ‘Mahligai Cinta’ yang sebelum ini dikendalikan oleh Hanis Zalikha.. Juliana terima tawaran berlakon untuk telefilem dan filem, buat masa sekarang filem itu belum ditayangkan lagi..

Balik dari menamatkan graduan di luar negara, Juliana dah mula memilih dalam menerima setiap tawaran.. Kalau terima tawaran untuk berlakon filem atau drama yang kurang menarik Juliana akan tolak.. Sebab tu yang dah jarang nampak Juliana dalam industri..

Belajar luar negara bertahun-tahun, balik Malaysia ‘harus’ kena ada sedikit sikap diva dalam menerima setiap tawaran yang diberi.. Kalau dapat tawaran untuk drama ditayangkan untuk stesen TV tak popular mesti Juliana akan tolak kan?

Untuk maklumat semua, tak lama lagi Juliana pun akan mula melibatkan diri dalam bidang perniagaan.. Nasib baik Juliana tak keluarkan jenama tudung sendiri, tapi Juliana akan keluarkan jenama ‘Jevas Jewerly’ iaitu produk akseseori wanita.. MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top