0

Sejak bila pelakon Juliana Evans dah mendirikan rumahtangga? Tiba-tiba Miss A dapat tahu Juliana bakal menyambut Aidilfitri tak lama lagi dengar keluarga baru.. Kahwin dalam diam-diam ke?

Sebenarnya, kehadiran Syawal ini Juliana maklumkan bakal menyambut bersama keluarga baru iaitu keluarga kekasihnya yang merupakan kerabat dari Johor.. Syawal tahun ini lebih istimewa sebab Juliana dan keluarganya akan beraya bersama keluarga kekasih..

Disebabkan hubungan yang agak rapat dengan keluarga kekasih, jadi tak mustahil untuk kedua belah keluarga ini menyambut Syawal bersama.. Kalau tak beraya di Kuala Lumpur, mungkin Juliana akan beraya di Johor..

Dalam proses mengenal hati budi dengan kekasih, Juliana dedahkan sifat kekasih sangat kelakar dan kekasih sedaya upaya berusaha untuk menambat hati Juliana.. Walaupun perbezaan darjat, masing-masing nampaknya tak kisah..

Dapat awek cantik, mesti la kekasih sedaya upaya menambat berusaha menambat hati.. Buat masa sekarang Juliana rasa hubungan yang terjalin masih di peringkat awal.. Soal kahwin masih lagi tak difikirkan..

Dah keluarga kedua belah pihak dah rapat, masih lagi tak fikir soal kahwin ke? Rasanya dah elok sangat dua pasangan ini mendirikan rumahtangga, Syawal ini pun nak sambut bersama keluarga kekasih dah macam suami isteri Miss A tengok..

Apapun, memang Juliana nampak sangat sepadan dengan kekasih, sama cantik sama kacak.. MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top