0

Ingat lagi tak uolls semua dengan pendedahan yang agak mengejutkan oleh pelakon Raja Ema? Raja Ema maklumkan nak kahwin dengan seorang ahli perniagaan berdarah kacukan Melayu-Cina-Inggeris selepas hari raya Aidilfitri?

Tinggal beberapa hari lagi umat Islam bakal menyambut hari raya Aidilfitri, Raja Ema pun mesti tengah sibuk buat persiapan nak bernikah kan? Selepas bernikah dengan ahli perniagaan itu Raja Ema bakal berhijrah ke London..

Tapi, tiba-tiba Miss A tengok Raja Ema macam tak buat sebarang persiapan untuk bernikah saja? Jadi ke idok Raja Ema ni nak berkahwin atau segala yang dihebohkan oleh Raja Ema pada media adalah ‘wayang’ semata-mata?

Terbaru, Raja Ema maklumkan dia dah pun membatalkan hasrat untuk berkahwin dengan ahli perniagaan itu setelah berfikir panjang dan mengambil kira kesan terhadap kerjaya dan anak-anaknya..

Setelah fikir masak-masak hubungan yang terjalin tak akan ke jinjang pelamin dan Raja Ema ambil keputusan untuk berkawan sahaja dulu dengan ahli perniagaan itu.. Buat masa terdekat Raja Ema tolak dulu lamaran, kalau ahli perniagaan itu tak dapat terima dan tunggu Raja Ema, pelakon itu hanya reda..

Sebabkan dah membatalkan pernikahan yang sudah dicanang satu Malaysia didakwa akan berlangsung selepas hari raya Aidilfitri.. Ada pihak sifatkan Raja Ema hanya buat ‘wayang’ untuk tarik perhatian media..

Iyerlah, dah canang satu Malaysia nak kahwin, tengok-tengok tak jadi kahwin.. Tak rasa malu ke buat benda macam ni? Perkahwinan bukan satu benda yang boleh dibuat main-main.. Kalau dah tahu tak serius dalam perhubungan jangan dedahkan pada media.. Ini semua ‘wayang’ selalu dibuat artis tempatan untuk menarik perhatian media.. MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top