0

Kalau terlampau taksub dengan sesuatu, seseorang tu boleh jadi ‘gila’ dan membahayakan nyawa dorang.. Macam tu jugak lah dengan seorang pemuda China yang dijumpa dalam keadaan tak sedarkan diri di sekitar semak di stesen kereta api daerah Hangzhou, baru-baru ni..

Lelaki di atas yang tak didedahkan namanya tu ditemui dengan kaki dia seakan ‘mereput’ dan dikatakan telah kehabisan duit akibat bermain tanpa henti selama enam hari di sebuah kafe siber.. Gila lah!

Korang bukannya tak tahu, China memang terkenal dengan kadar remaja fanatik terhadap permainan online.. Kalau tak, tak adanya sanggup membuang air kecil dan besar kat tempat duduk dorang jugak..

Lelaki yang berusia 19 tahun tu bernasib baik dia kehabisan duit jer, kalau tak lagi lama dia kat situ.. Pihak berkuasa ada menghubungi bapak lelaki tu, tapi pada mulanya bapaknya dikatakan tak nak dia kembali ke rumah..

Alaaa.. Ini kes pasal anak dia melarikan diri dari rumah lah dan tak nak melakukan perkara lain kecuali hanya taksub bermain permainan secara online jer.. Memang patut lah bapak dia tak nak terima balik, macam bela ‘biawak hidup’ buat apa kan..

Tapi itu lah, bapak mana sanggup nak ‘buang’ anak dia, betul tak?? Selepas dipujuk, bapak lelaki tu dikatakan berlembut hati jugak akhirnya untuk terima lelaki tu kembali..

Polis mengatakan kalau lelaki tu tak ditemui, rasanya dia dah mati kelaparan kerana dah tiga hari tak makan.. Teruk betul ketagihan lelaki tu yer, sanggup habiskan duit untuk siber kafe dan membiarkan diri kelaparan.. Haishhh! MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top