0

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengumumkan pemberian imbuhan Hari Raya kepada seluruh kakitangan kerajaan dan pesara mulai hari ini.

Setiausaha Politiknya, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, pengumuman itu dibuat dalam mesyuarat yang diadakan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Pulau Pinang (HPP) yang dipengerusikan sendiri oleh Ahmad Bashah.

Beliau berkata, beberapa perkara lain turut dibangkitkan dalam mesyuarat itu dan mendapat kelulusan serta keputusan termasuk pemberian imbuhan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Menurutnya, seluruh kakitangan awam dan pesara akan menerima imbuhan hari raya mulai esok (hari ini) membabitkan nilai keseluruhan berjumlah RM4 juta.

"Setiap kakitangan kerajaan akan menerima RM500, manakala pasara kerajaan akan menerima RM250 setiap seorang," katanya.

Post a Comment

 
Top