0

Berdasarkan kepada keputusan-keputusan yang baru di keluarkan, Pusat Penyelidikan PAS (PPP) menyimpulkan beberapa dapatan awal.

1. Isu-isu yang dibangkitkan berkaitan dengan 1MDB, Jet Peribadi Rosmah dan lain-lain, tidak berkesan untuk menarik sokongan mengundi parti-parti pembangkang.

2. Meskipun para pengundi rata-rata mengeluh dengan GST dan kenaikan kos hidup, ia tidak berjaya dimanfaatkan oleh parti pembangkang untuk terjemahkannya ke kertas undi.

3. PAS yang masuk kedua-dua PRK ini sebagai parti tunggal mempunyai kekuatan terasnya sendiri sehingga mendahului PH di Kuala Kangsar dan tertinggal sedikit dari PH di Sungai Besar.

4. Daripada peratusan undi yang PAS terima, menunjukkan kekuatan teras PAS menyumbang lebih 50% kepada sokongan terhadap Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13 yang lalu.

5. Semenjak dari PRK Teluk Intan, diikuti dengan PRN Sarawak dan kini 2 PRK di Kuala Kangsar dan Sungai Besar, pengundi Cina dilihat kembali menyokong BN.

6. Keputusan seperti ini akan memberi ancaman kepada DAP untuk berhadapan dengan PRU ke 14, di mana mereka akan kehilangan banyak di kawasan majoriti Cina yang mereka tandingi.

7. Selain daripada itu, ia juga menjadi ancaman kepada PKR, sekiranya PAS masuk bertanding di kerusi-kerusi yang mereka menangi di Pantai Barat, kemungkinan mereka juga boleh kalah.

8. Keputusan ini juga menunjukkan pengaruh Tun Dr Mahathir tidak lagi signifikan di kalangan pengundi Melayu, malah semakin beliau terlibat dengan PH semakin hilang pengaruh beliau.

Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS
18 Jun 2016
14 Ramadan 1437

Post a Comment

 
Top