0

Kalau Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tak salah kenapa penyokongnya nak cuak lebih?? Dan kenapa Guan Eng begitu degil untuk datang ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sehingga pihak mereka terpaksa melakukan penangkapan terhadapnya petang semalam. Kalau tak salah kenapa perlu takut??

Menurut Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan... Beliau sangat yakin yang Guan Eng benar-benar bersalah terhadap dua pertuduhan iaitu dibawah Seksyen 23 Akta SPRM kerana meluluskan permohonan zon semula tanah pertanian di Balik Pulau kepada tanah perumahan milik syarikat Li Koon, Magnificent Emblem.

Manakala pertuduhan kedua di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan kerana membeli hartanah pada harga bawah nilai pasaran. Sangat tidak wajar bagi penyokong Guan Eng untuk mempertikaikan penahanan boss mereka... SPRM hanya menjalankan tugas dan mengikut arahan je.

“Saya yakin berlaku salah laku,

“Tindakan menegakkan keadilan mesti dilakukan dengan pantas, Saya berharap SPRM akan meneruskan kelazimannya dalam menjalankan tugas tanpa kebimbangan atau pilih kasih. Pada akhirnya, semua ini diharap membawa kebenaran dan keadilan.” katanya malam tadi.

Guan Eng ditahan di pejabatnya di Komtar manakala Bekas tuan rumahnya, Phang Li Koon pula ditahan di pejabatnya di Menara Penang Garden sekitar waktu yang sama. Penahanan tersebut dibuat setelah menerima arahan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, dan akan didakwa di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang pagi ini.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak turut mengutuk tindakan dan sikap dwi-standard pembangkang, gara-gara penahanan Guan Eng... kerajaan pula dituduh macam-macam.

“Apabila seseorang daripada kerajaan atau parti pemerintah ditahan atas apa jua alasan, pembangkang dengan pantas bercakap mengenai keadilan, urustadbir yang baik, kebenaran dan sebagainya.

“Mereka tidak akan akui kemungkinan berlakunya perbuatan jenayah,” katanya dalam catatan blog malam tadi.-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top