0

Apa perasaan korang bila beli makanan yang korang idamkan atau memang nak makan untuk mengisi perut yang sedang lapar, tapi ada pulak ‘benda’ menumpang sekali dalam tu? Lebih-lebih lagi ‘benda’ yang boleh memudaratkan pada diri atau menjijikan..

Mesti korang akan rasa bengang dan teraniaya, betul tak?? Yela.., daripada excited nak makan, terus selera terbantot nak menjamah.. Kalau takat semut tu, boleh terima lagi.. Ini sekali dapat, hanya mampu geleng kepala jer lah..

Itulah yang dialami oleh seorang pelanggan di bazaar Ramadhan, teraniaya sangat.. Pelanggan malang terbabit membeli karipap di bazaar Ramdhan yang tidak didedahkan di mana, apa yang dikesalkan sangat tu bila inti dalam karipap tu ‘digaul’ bersama dengan dawai kokot sekali..

Ngap! Ngap! Tiba-tiba ada terkeluar pulak dawai kokot dari karipap tu.. Korang lihat jer lah gambar di atas tu, itu kalau tertelan lah.. Bahaya wei! Dah lah bukan satu jer ‘tersesat’ dalam karipap tu, malah lebih dari lima!

Ataupun itu ‘inti’ karipap yang diinovasikan yer?? Maklumlah orang sekarang kan suka mereka-reka sesuatu untuk nampak lebih ‘unik’.. Apa-apa pun, itu sebab lah KKM melarang peniaga menggunakan dawai kokot dalam pembungkusan makanan..

Kalau degil menggunakan jugak, itulah jadinya! Nak menjadi mangsa tu, pelanggan yang beli lah.. So, lepas ni harap peniaga luar sana lebih berhati-hati membungkus makanan yer.. Kesian lah kat pelanggan.. Dorang beli nak makan tapi sekali dapat tu, hampeh! Tak boleh makan, rugi dorang.. MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top