0

Orang cakap kalau mai Malaysia ni rugi kalau tak perkena nasi kandar atau nasi mamak! Tak kisah la kalau mai Pulau Pinang atau mana tempat sekali pun mesti ada punya kedai mamak.... Kalau kena sekali ketagih bebbb!

Dari sudut positifnya, walaupun ada sesetengah yang jijik dengan ‘mamak’ akan tetapi kedai mamak dilihat sebagai satu platform yang terbaik bagi menyatukan pelbagai bangsa yang berbeza pangkat serta darjat.

Bukan setakat orang India dan Mamak je yang suka... malah orang Melayu dan Cina juga turut gemar lepak dan makan di kedai mamak. Tidak kira la kaya atau miskin, tua atau muda pendek kata semua orang suka.

Profesor Shamsul Amri Baharuddin dari Universiti Kebangsaan Malaysia berkata gerai mamak menjadi satu alat untuk menyatukan pelbagai bangsa. Bukan itu sahaja, kedai mamak juga boleh menjadi lanmbang serta pusat pertukaran budaya dan simbol perpaduan.

“Ia dicipta oleh rakyat, untuk rakyat. Ia menjadi pusat hubungan antara etnik,” katanya.

Kalau duduk je di kedai mamak... Terus hilang rasa loga dan bayangan kononnya mamak ni pengotor la jijik la dengan warna hitam kulit mereka kerana pada hakikatnya makanan yang dijual memenuhi citarasa para penggemar nasi kandar. Ia juga menjadi tempat di mana semua orang tanpa mengira pendapatan, bangsa dan agama bertemu.

“Ia menepati cita rasa semua dan menjadi sebahagian daripada identiti rakyat Malaysia.

“Kedai mamak juga inovatif. Jika anda mahu capati, dengan telur di atasnya, mamak akan buat untuk anda. Di mana lagi anda boleh dengar benda ini?” katanya lagi.

Label “mamak” digunakan untuk orang India beragama Islam yang berhijrah dari India ke Malaysia.

Ia sebenarnya perkataan Tamil “maa-ma” yang bermaksud bapa saudara. “Mamak” pada asalnya ialah pendatang dari Tamil Nadu, Selatan India, yang membuka kedai di Malaysia, bermula di Pulau Pinang.

Sebab apa orang suka kedai mamak?? Kerana persekitarannya yang terbuka dan dilihat tidak terlalu mewah dan hanya ala kadar sesuai dengan pelbagai darjat. Lagi pun kedai Mamak tutup lewat jika hendak dibandingkan dengan restoran lain, harga pun berpatutan.

“Kedai mamak sentiasa buka. Boleh dikunjungi semua orang, tidak kira jam berapa mereka habis kerja. Rakyat suka bila mereka boleh makan bila-bila yang mereka mahu.” katanya. Mungkin jugak rakyat Malaysia hanya bersependapat jika berada di kedai Mamak sahaja, mungkin la.... Tapi tak jugak.-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top