0


Tanggal 6 Jun lepas merupakan hari jadi penyanyi dan pelakon Rafidah Ibrahim yang ke-30, atau lebih dikenali sebagai Fida.. Sempena hari jadi Fida, satu majlis hari jadi telah di buat oleh kawan-kawan rapatnya..

Kat mana majlis ulang tahun Fida dibuat Miss A tak pasti, tapi ada satu perkara yang paling menarik perhatian Miss A bila Fida menerusi akaun Instagramnya telah memuatnaik gambar kek hari jadinya yang bernilai RM50k.. Nak tunjuk dapat kek mahal leteww.

Bukan main mahal kek Fida ni, siapa yang bagi? Kalau dulu kek hari jadi Neelofa yang berharga RM6k pun dah menjadi kontroversi sebab kek mahal.. Inikan pulak kek Fida yang harga RM50k..

Dari kapsyen yang ditulis Fida macam riak je dapat kek mahal macam tu, Fida sifatkan dapat kek harga mahal macam ni dah boleh beli kereta Myvi cash.. Amboi berlagaknya Fida, Miss A tengok tak cantik langsung kek tu, tang mana yang mahal tu?

Kalau kek Neelofa RM6k tu, okay la juga cantik dengan beribu kristal yang menghiasi kek.. Ini kek Fida buruk pun harga RM50k.. Mungkin mahal pada jam tangan yang ada di atas kek tu kot.. Artis suam-suam kuku macam Fida pun ada orang nak taja kek mahal macam tu jugak ye?

Tertanya-tanya pulak Miss A, siapakah gerangan penaja kek tu.. Tak pernah pulak Miss A dengar artis popular tanah air dapat kek harga RM50k macam Fida dapat ni.. Nampaknya Fida ni lagi popular dari artis-artis tempatan yang lain.. Hahaha.. - MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top