0

Siapa lagi yang tak tahu pasal permainan kotor parti cauvanis DAP ni?? Kalau tak kotor bukan DAP la namanya! Sendiri yang lakukan kesalahan tapi lempar tahi pada muka orang lain... Spesis tak tahu malu dan tak mahu mengaku kesalahan diri sendiri.

Mangsanya, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Jamal Yunos! Jelas DAP dengan sengajanya menuduh Jamal sebagai seorang yang rasis terhadap masyarakat Cina... Lebih dahsyat apabila DAP siap naikkan papan iklan yang memaparkan Jamal bersikap rasis.

Padahal pada hakikatnya semua orang tahu yang parti DAP yang sebenarnya rasis terhadap orang Melayu dan Islam... Disebabkan nak tutup dorang punya kesalahan maka DAP tergamak memainkan isu nosional yang secara terang-terangan telah pun basi.

Sudah habis modal agaknya... Sengaja mengungkit dan menunding jari kepada orang lain. Padahal mereka sendiri yang melakukan kesalahan. Korang tengokdan nilai jela sendiri mengenai kelemahan pentadbiran kerajaan Selangor... Ada ka DAP sebut???

Masing-masing menguncikan mulut sendiri, takut kantoi agaknya! Sebab tu dorang nak alih perhatian rakyat dengan memainkan isu yang dah basi sebagai bahan berkempen.

“Ini idea yang sudah ketandusan dan ketinggalan zaman. DAP hanya kempen memburukkan calon dan memfitnah dengan mengaitkan kononnya saya seorang pemimpin yang rasis.

“Cara DAP berkempen ini tidak lain tidak bukan adalah mengaitkan saya dengan Gerakan Baju Merah pada 16 September tahun lalu. Itu saja isunya,” katanya.

Tapi tak kisah la nak tabur fitnah dan burukkan calon Barisan Nasional (BN) banyak mana pun... Ini kerana semua itu tidak akan merubah populariti calon BN. Jika nak dibandingkan dengan calon Parti Amanah Negara (PAN), Azhar Abdul Shukur... Mana ada orang kenal pun silap-silap sebelah mata pun tak pandang.

“AMANAH ini langsung tidak ada jentera kerana saya kenal setiap ahli AMANAH kenal di sini,” katanya.

Buktinya, hampir semua jentera yang membantu dalam berkempen rata-ratanya adalah ahli DAP... sebab tu cara berkempen dorang sama je iaitu dengan menabur fitnah dan menyalahkan orang lain.

“Jentera untuk mereka berkempen di Sungai Besar adalah jentera yang 99% daripada DAP dan mereka yang hadir pada PRK itu jentera dari luar,

 “Masyarakat sini memahami isu ini fitnah semata-mata dan ia sudah dijawab oleh kerajaan.

“Jadi, tidak ada apa-apa isu di sini melainkan isu yang membebankan mereka tentang tanggungjawab kerajaan negeri yang tidak tertunai,” katanya.

Sebenarnya undi PAN ini diibaratkan seperti undi DAP laa... Sebab tu DAP pilih calon PAN, kerana mahu meraih undi orang Melayu. Ala DAP mesti tahu punya kalau calon DAP yang bertanding pasti orang Melayu tidak akan undi...

Setidaknya kalau calon PAN yang bertanding pasti ada jugak orang Melayu yang akan mengundi. Kalau untuk raih undi orang Cina takpe... pastinya DAP mampu hasut mereka untuk memberi undi, betul tak? -TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top