0

Sebelum ini, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli telah membuat satu laporan kepada SPRM ekoran  isu rasuah yang membabitkan pentadbiran negeri Selangor. Isu panas yang melanda kerajaan Selangor sebelum ni dikatakan berpunca dari perbualan aplikasi WhatsApp Rafizi yang mendedahkan wujud permintaan untuk mendapatkan wanita sebagai habuan.

Bila dah terkantoi macam ni, ada la wayang yang dimainkan Rafizi bersama Pakatan Harapan. mereka tiba-tiba senyap bila dah terjadinya  kes rasuah yang berkaitan dengan negeri di bawah pimpinan pembangkang. 

Kalau pasal kerajaan BN cepat pulak nak tahu jawapan, macam-macam spekulasi yang akan di cipta oleh puak pembangkang. Tapi bila dah terkena atas batang hidung sendiri tahu pulak nak mendiamkan diri. Rafizi dan Pakatan Harapan masing-masing amalkan "sindrom senyap".

Malah di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar isu ni bagaikan mahu di tutup rapat oleh Pakatan, mereka tidak membangkitkan isu kesalahan mereka sendiri tapi bila Kerajaan BN macam-macam pulak nak dijadikan isu sampaikan tidak di lihat relevan oleh rakyat.

Oleh itu, Pengerusi Pakatan NGO Pro BN Zulkarnain Mahdar  telah mencabar Rafizi dan Pemimpin Pakatan Harapan untuk bangkitkan isu ni kerana masih tiada sebarang jawapan, walaupun telah lama di adukan kepada SPRM. Ia dilihat tidak adil bagi kerajaan yang selalu saja ditekan jika mencetuskan kes umpama ini.

"Jika acuan berpolitik sebegini yang cuba dibawa oleh Rafizi dan pimpinan pakatan harapan jelas kelihatan mereka tidak boleh mendakwa mereka sebagai juara intergriti," katanya.

Selain itu, Rafizi dan Pakatan kononnya tidak boleh memberi sebarang kenyataan kerana kes ni masih lagi dalam penyiasatan SPRM. Alasan lemah macam ni je yang mampu diberikan apabila isu rasuah ni dibangkitkan. Masa isu 1MDB sampai tak sempat kerajaan nak jawab puak pembangkang terus mendesak, bila ditanya mengenai isu pembangkang umpama soalkan kepada patung.

Dalam pada itu, corak politik yang dibawa pembangkang tu sememangnya lemah, hal ini telah menjadi bukti bahawa mereka tidak dapat menjadi  juara intergriti seperti mana yang pembangkang mahukan. Rasanya, berangan je yang mampu dilakukan oleh puak pembangkang dalam masa sekarang ni. - Hkay/Utaranesw.com 

Post a Comment

 
Top