0

Sehari dua ni, negara kecoh dengan isu kenyataan Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berhubung gelaran 'kafir harbi' kepada mereka yang menentang pelaksanaan undang-undang Islam.

Yang terlebih makan cili berhubung kenyataan mufti Pahang ini ialah DAP kerana DAP merupakan sebuah parti yang jelas anti-Islam apabila menentang pelaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) Islam yang diperkenalkan oleh Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

DAP yang cukup terasa dengan kenyataan mufti Pahang itu lantang menggesa Rahman supaya menarik balik kenyataan tersebut dan memohon maaf atas kelancangannya.

Selain itu, DAP juga turut lantang menggesa pemimpin Barisan Nasional supaya menyatakan pendirian, memandangkan sehingga hari ini masih tiada seorang pun pemimpin Barisan Nasional menyatakan pendirian mengenai isu 'kafir harbi' ini.

Ek eleh DAP ni.... Sibuk nak suruh pemimpin Barisan Nasional nyatakan pendirian bagai.... Perlu ke pemimpin Barisan Nasional nak nyatakan pendirian mengenai isu-isu 'sampah' ni??

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah dan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pun tak nyatakan pendirian bab isu ini... Bukan kata nyatakan pendirian, nak ulas bab ni pun takda... Dorang pun tahu isu ni merupakan isu 'sampah' yang tak perlu diambil perhatian!!

DAP tu sebenarnya perasan kuat sangat... Terlebih makan cili.... Mufti Pahang tu takda pun sebut DAP ni 'kafir harbi'.... Mufti tu cuma kata siapa yang menentang Islam tergolong dalam golongan tersebut... Takda pun dia cakap DAP ni 'kafir harbi'

Yang duk kata DAP sebagai 'kafir harbi' ni media... Media cuba fahamkan apa yang disampaikan oleh Mufti Pahang tersebut... Tapi fahaman media tersebut terhadap kenyataan Mufti tu, dah disalah erti... Tu yang media terbabit menyiarkan kata Mufti Pahang gelar DAP sebagai kafir harbi.... Padahal bukan mufti tu yang cakap.-AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

 
Top