0

Baru-baru ni, kepala seorang lelaki tersangkut pada mesin basuh.. Kali ni kepala seorang budak lelaki berusia lima tahun pulak tersekat pada paip penyambung berbentuk ‘L’ di wilayah Zhejiang pada selasa lalu..

Kejadian malang tu berlaku masa mak bapak budak tu sibuk melayan pelanggan dorang di dalam kedai..  Budak tu pulak dikatakan bermain dengan paip berbentuk ‘L’ tu sebelum bertindak memasukkan kepalanya ke dalam..

Dah pandai masuk, tapi bila nak keluarkan tak boleh pulak.. Apalagi merengek lah budak tu sebelum mak bapaknya menyedari kejadian yang menimpanya.. Itu pun mengambil masa 30 minit untuk menyedari kejadian tu..

Mak bapak budak tu terkejut melihat anak dorang dalam keadaan macam tu, lalu menghubungi polis tapi tak dapat buat apa-apa sebelum menyerahkan kepada pihak bomba untuk mengeluarkan kepala budak tu dari paip tu..

Itu pun pihak bomba mengambil masa 20 minit jugak lah nak keluarkan kepala budak tu dari paip tu, hampir sejam kepala budak tersekat sebelum berjaya dikeluarkan.. Haishh!

Macam-macam hal! Mak dan bapak budak tu pun, berilah perhatian sikit kepada anak dorang.. Jangan lah leka dok melayan pelanggan samapi anak sendiri dalam bahaya pun tak sedar.. - MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top