0


Dek kerana marah anak tak nak belajar dan ingin takutkan anaknya, seorang bapak di China acah-acah menggunakan gunting.. Tetapi malang menimpa bila dia tak sengaja terlepas gunting tu hingga tertusuk kat kepala anak dia.. Korang lihat gambar di atas tu, Miss tengok pun ngeri jerr!

Baik punya gunting tu tertacak kat kepala budak perempuan berusia 10 tahun tu.. Huhuhuu.. Berdasarkan sumber, pada awalnya tu bapak mangsa dikatakan marah kerana anaknya tak nak buat kerja sekolah pada malam Jumaat macam biasa..

Kemudian, dia mengambil gunting lalu mengacah untuk menakutkan anaknya supaya berhenti bermain dan mula membuat kerja sekolah.. Tetapi itulah, gunting tu terlepas gara-gara tangannya licin kerana baru selesai mencuci ayam..

Gunting tu tertusuk ke dalam kepala budak tu sehingga terkena bahagian otak dan segera dikejarkan ke hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan kecemasan.. Nasib baik lah doktor berjaya mengeluarkan gunting sepanjang 15 cm tu dan budak tu dilaporkan selamat dari bahaya..

Selain itu, budak tu dikatakan tak dapat mengingat apa yang terjadi padanya.. Apa-apa pun, janji dia selamat.. Miss harap si bapak tu lepas ni, tak buat macam tu lagi lah.. Nak marahkan anak sekali pun, jangan sampai memegang benda tajam macam tu hingga boleh membahayakan nyawa! - MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top