0

Detik memalukan bagi seorang gadis berusia 15 tahun dari Alabama, Amerika Syarikat bila kononnya nak cuba mengenakan kawan-kawannya dalam sebuah parti ‘sleepover’ gagal.. Sebaliknya, dia pulak terkena ‘prank’! Hahaha..

Gadis yang bernama Darby Risney tu mendapat malu besar bila kepala dia tersekat baik punya pada kepala mascot 'Barney The Purple Dinosour' yang cuba disarungkannya tu..

Prank’ tu tak menjadi selepas kepala Barney tu tergelincir pulak dari bahunya dan menyebabkan separuh daripada bahuya berada di dalam kepala mascot tu.. Macam-macam ragam betoii lah!

Darby mengatakan dia sebenarnya nak menakut-nakutkan kawan-kawan dia jer dengan memakai kepala mascot tu, tapi sebaliknya pulak yang berlaku.. Kawan-kawan dia pun cuba nak menanggalkan kepala Barney tu tapi dorang juga tak berjaya..

Dah tak ada cara lain, Darby kemudiannya dibawa ke sebuah balai bomba oleh mak bapak dan kawannya.. Pihak bomba terpaksa memotong kepala Barney tu untuk mengeluarkannya..

Darby terperangkap di dalam kepala Barney tu selama 45 minit jugak lah.. Itulah padahnya! Nak ‘prank’ orang, last-last dia pulak yang terkena! Hahaha.. MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top