0

Umpama membuka pekung sendiri... kenyataan yang dikeluarkan oleh anggota parti DAP ini umpama membuka aib parti sendiri. Nampaknya memang betul la dakwaan sebelum ini yang menyatakan kerajaan DAP Pulau Pinang bermasalah. Tak boleh nak uruskan parti dengan betul.

Pemuda Sosialis DAP di peringkat cawangan diingatkan supaya segera menyelesaikan masalah mereka dengan kerajaan DAP Pulau Pinang atau majlis tempatan.

Aikkkk masalah dalaman apakah yang berlaku dalam parti dorang ni?? Nampak tak yang DAP sebenarnya parti bermasalah. Dah la bermasalah pastu tak tahu nak selesaikan cara elok, sibuk dok kecoh di laman sosial.

Setiausaha Dapsy Tanjong, Wong Lai Kin membuat saranan tersebut mungkin kerana mahu menyembunyikan masalah yang sedang dihadapi parti mereka tu. Owwwhhh cerdik dorang noh, time parti dorang bermasalah elok je sembunyi, kalau UMNO bermasalah bukan main lagi kecoh.

"Sayap pemuda sepatutnya mempertahankan imej parti dan kerajaan negeri bukan melakukan secara individu melalui saluran awam seperti media sosial, kenyataan akhbar atau persidangan.

"Ini boleh menjejaskan imej parti dan mempengaruhi persepsi rakyat terhadap kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan di Pulau Pinang," kata Wong.

Tuntutan tersebut ditujukan kepada ADUN Tanjong Teh Yee Cheu yang kerap menimbulkan kemarahan kepimpinan negeri DAP sebab segala pandangan yang diberi pasti akan menyebabkan pemimpin DAP kantoi.

Biasa la DAP kalau bab-bab nak berlakon, bab nak pura-pura suci dan tak bersalah memang dorang paling pakar. Kesalahan dorang bukan main lagi dorang sembunyikan. Bila tiba aib orang lain kalau boleh tu nak bagi satu dunia tahu. Memang bermasalah betul la DAP ni.-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top