0


Tersebar satu video mengejutkan yang viral di laman sosial, dalam rakaman tu menunjukkan satu kejadian yang berlaku di sebuah stesen minyak apabila sebuah kereta disambar api ketika sedang mengisi minyak..

Nasib baik lah api tu tak merebak besar yer.. Kalau tidak, tak tahu lah apa jadi kat stesen minyak tu.. Meletup habis!

Rakaman video tu menunjukkan sebuah kereta proton saga yang dipandu seorang wanita sedang mengisi minyak tiba-tiba dikejutkan dengan kebakaran dari dalam keretanya..

Korang nak tahu punca kebakaran tu?? Meh Miss ceritakan puncanya, korang pun tak akan terkejut sangat bila tahu..

Berdasarkan sumber, kejadian tu berlaku di Stesen Caltex Guchil, Kuala Krai tu berpunca daripada seorang budak lelaki yang berusia tujuh tahun yang dikenali Saifuddin dikatakan bermain pemetik api ketika ibunya sedang mengisi minyak..

Kesannya tu, Saifuddin yang merupakan murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Sengai Pas tu mengalami melecur di bahagian muka akibat disambar api sebelum sempat ditarik keluar oleh ibunya..

Nasib baik lah sempat ditarik keluar, kalau tak rentung dalam kereta.. MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top