0

"Bukan saya nak hina Tun Mahathir, tetapi malanya dia tidak baca pasal Islam ini. Kita maafkan dia tidak baca. Patutnya di bacalah. Kalau tidak baca jadi bahaya.

'Kalau Islam tak baca Islam, umur 90 tahun pun tak baligh lagi. Sangat malang," kata Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ceramah Perdana di Dataran Ketior Manong.

Amboi Hadi.... Sekali keluar 'peluru' tembak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.... Bukan main mendalam sehingga menusuk kalbu lagi.... Memang betul-betul 'sharp shooter' Hadi ni.... Hahaha.

Andy cukup sokong dengan kenyataan Hadi mengatakan Mahathir yang sudah berumur 90 tahun tapi masih tak baligh-baligh.... Mahathir bukan saja tak baligh dari segi ilmu Islam, tapi dari semua segi Mahathir tak cukup baligh lagi.

Boleh tengok sendiri betapa tak cukup balighnya Mahathir walaupun umurnya sudah menjangkau 90 an... Mahathir nama je dah tua kerepot... Tapi perangai memang macam budak-budak yang tak baligh.

Mahathir sebagai tokoh negarawan yang beragama Islam sepatutnya menyokong pemerintahan berlandaskan syariat Islam.... Bukannya menolak konsep pemerintahan yang berlandaskan Islam.

Korang tengok macam baru-baru ini... Rang Undang-Undang (RUU) Islam yang dibawa Hadi ke dewan Parlimen.... Mahathir boleh kata RUU Islam Hadi tu tak cukup Islam dan tidak adil bagi semua pihak.

Tak ke bodoh namanya tu??? Memang nampak sangat Mahathir belum baligh lagi... Sepatutnya beliau sokong RUU Islam ini.... RUU Islam ini untuk dibawa ke Parlimen untuk diperkukuhkan lagi... Bukan saja-saja dibawa ke Parlimen.

Mahathir bercakap atau sentuh bab RUU Islam ni macam diri tu Ulama negara... Tapi hakikatnya, pengetahuan mengenai Islam kosong... Tak tahu apa-apa.... Patutlah anak perempuan semakin tersimpang jauh dari landasan... Rupanya, si bapa yang mengajar begitu!!-AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

 
Top