0

Makin teruk pula kesihatan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara di Penjara Sungai Buloh atas kesalahan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari.

Anwar yang berada di Penjara Sungai Buloh dikhabarkan telah dikejarkan ke hospital kerana sakit belakang yang kronik.... Sakit belakang Anwar ini dikatakan kesan dari pembedahan yang pernah dilakukan Anwar pada tahun 2004 di Jerman.

Sebelum ini, Anwar dikerjakan ke hospital ekoran diserang tekanan darah tinggi... Jadi, ini merupakan kali kedua Anwar dikerjakan hospital dalam tempoh yang terdekat.

Ekoran kesakitan yang dilalui ini.... Sehinggakan Anwar terpaksa dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.... Pemimpin pembangkang cuba mempertikai rawatan yang diterima Anwar ketika menginap di Sungai Buloh.

Menurut pemimpin pembangkang, Anwar sejak dimasukkan ke penjara Sungai Buloh kekurangan rawatan perubatan dan pihak kerajaan yang telah berjanji untuk memberikan rawatan kepada Anwar tidak ditunaikan.

"Hampir setahun berlalu, namun janji hanya tinggal janji. Kerajaan sering berselindung dengan jumlah rawatan yang diterima oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah memadai bahkan bersifat istimewa dan melebihi layanan yang diberikan kepada banduan lain.

"Saya ingin mempersoalkan, jika jumlah rawatan yang diterima tidak membantu meningkatkan tahap kesihatan beliau, adakah ini bukti jelas bahawa rawatan yang diberikan adalah tidak memadai?" kata pemimpin pembangkang.

Banyak cekadak betul pemimpin pembangkang ni... Dah bagi rawatan kat Anwar tu kira bersyukur laa... Ni kira nak demand nak Anwar dapatkan rawatan kat luar negara... Nak dapatkan rawatan dari doktor-doktor pakar luar sana.

Pemimpin pembangkang kena tahu.... Anwar ni bukan sedang bercuti sebagai Perdana Menteri ke apa... Anwar tu seorang banduan... Banduan semua adalah sama... Jadi tiada istilah untuk memberi rawatan dan layanan istimewa kepada kaki liwat tu!!!-AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

 
Top