0

Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir sebelum ini bukan main dok bangga lagi kononnya dia sorang je yang mampu mentadbir dan memerintah negeri Kedah dengan baik. Selepas Kedah terlepas daripada tangannya, agaknya Kedah akan hancur mungkin haha!

Tapi Gomez tengok negeri Jelapang Padi tu elok je sekarang ini berada dibawah pemerintahan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah. Malah bertambah baik daripada berada dalam gengaman Mukhriz.

Pergerakan Pemuda UMNO Kedah berkata kalau berani dan hebat sangat si Mukhriz tu apa kata dia tubuhkan satu parti dan dia masuk bertanding semula bagi merebut jawatan Menteri besar Kedah pada pilihan raya umum akan datang. Itu pun kalau dia berani la haha!

Ketua Pemudanya, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, beliau mencabar Mukhriz kerana kerap kali kedengaran kononnya kemenangan Mukhriz dan BN di Kedah pada PRU ke -13 lalu adalah disebabkan keyakinan rakyat terhadap populariti Mukhriz dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Bagi Pemuda Kedah, ini peluang terbaik Mukhriz membuktikan teori tersebut secara praktikal. Kita amat yakin dan percaya, kemenangan BN Kedah pada PRU yang lalu adalah disebabkan gerak kerja BN dan UMNO negeri yang penuh persefahaman di samping komitmen tinggi dan kerja kuat segenap jentera dan ahli parti.

"Oleh yang demikian, adalah tidak adil untuk mengatakan Mukhriz adalah faktor utama kemenangan Barisan Nasional di Kedah pada tahun 2013," katanya.

Betul la jugak kan... Daripada dok bangga saja dan cakap kosong je konon Mukhriz tu hebat jadi apa kata dia sendiri yang bertanding pada PRU ke-14 akan datang. Baru kita tahu hebat ke tak si Mukhriz tu. Dulu menang sebab ada jentera BN sekarang ni mampu ke menang tanpa jentera BN??-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top