0

Lagi sekali di Indonesia melakukan amal jariah mendapat perhatian ramai.. Sebelum ni khatam dua juzuk al-Quran dapat makanan percuma dan baru-baru ni sebuah kedai gunting rambut mengenakan cas perkhidmatannya dengan baca sepotong ayat al-quran jer..

Terbaru, khatam satu juzuk al-Quran sempena bulan Ramadhan ni akan mendapat hadiah dua liter minyak percuma oleh syarikat pengeluar minyak negara PT Pertamina.. Bagusnya dorang yer, Malaysia tak nak buat macam tu jugak ke?? Hihiii..

Program tu dikatakan untuk memeriahkan lagi suasaa Ramadhan dan sebagai satu daripada aktiviti keadaan anjuran syarikat berkenaan..

Kalau korang nak tahu, program mengkhatam al-Quran tu diadakan di beberapa buah stesen minyak di seluruh negara termasuk di ibu kota Jakarta..

Peserta diwajibkan mendaftar terlebih dahulu di surau stesen minyak setempat dan kemudiannya mengisi data peribadi dalam borang pendaftaran serta jumlah juzuk al-Quran yang akan dibaca..

Selesai jer membaca satu juz al-Quran, peserta akan diberikan kupon pengisian minyak sebanyak dua liter..

Tetapi setiap orang hanya boleh menyertai sekali jer di sebuah stesen minyak pada hari yang sama.. Bagus kan aktiviti macam ni, sekaligus mendorong muslimin memanfaatkan bulan Ramadan dengan membaca Al Quran.. Betul tak?? MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top