0

Sebelum hari pengundian diadakan bukan main lagi Parti Amanah Negara (PAN) mendabik dada kononnya pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan menjadi kayu pengukur kepada kehebatan parti mereka.

Nak tunjuk kata parti mereka tu paling hebat la... Ditambah pula dengan mendapat sokongan padu dari Pakatan Harapan dan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Tapi hakikatnya hampehhhh jer! Kalah jugak akhirnya... paling memalukan apabila kalah dengan parti islam Pas yang hanya berjuang berseorangan.

Bertambah geli perut apabila PAN diumumkan kalah terus dorang acah-acah cover malu... sebelum ni bukan main lagi cakap besar mengalahkan parti gah! Bila kalah terus dakwa kononnya parti itu bertanding dalam dua PRK sebab nak kenalkan parti itu kepada masyarakat Malaysia. Puiiii!

Setiausaha Organisasi PAN, Suhaizan Kaiat selepas kalah PRK pandai pulak dorang nak cover malu, katanya konon hasrat PAN untuk memperkenalkan parti itu dalam PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar semalam telah berjaya.

“PAN yang berusia sembilan bulan dan rakyat baru sahaja mengenalinya. Hasrat PAN untuk memperkenaikan diri telah tercapai.

“Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengundi yang telah memberi sokongan kepada PAN mewakili Pakatan Harapan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar,” katanya dalam satu kenyataan menerusi akaun Facebooknya hari ini.

Hahahaaaa... sebelum ini bukan main lagi PAN dok memperlekehkan BN la.... memperkecilkan kemampuan BN la macam-macam lah! Pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan pun tak kurang hebatnya dok mengutuk BN, last-last terkena batang hidung sendiri hahaha! Padan muka.-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top