0

Ekoran Mufti Pahang menggelar DAP sebagai 'kafir harbi', pemimpin Veteran DAP Lim Kit Siang hari ini melahirkan rasa kecewa apabila mendakwa tiada seorang pun menteri yang bersuara menentang isu gelaran kafir harbi tersebut.

Menurut Kit Siang, tindakan pemimpin kerajaan Barisan Nasional ini memang amat dikesali kerana kenyataan Mufti Pahang itu jelas keterlaluan dan menimbulkan api perkauman.

"Nampaknya, tiada seorang pun menteri, walaupun perdana menteri dan timbalan perdana menteri menuntut agar mufti Pahang menarik balik kenyataan berunsur hasutan dan memusnahkan 'kafir harbi' tersebut," kata Kit Siang.

Dalam masa sama, Kit Siang turut menggesa Barisan Nasional menyatakan pendirian mengenai kenyataan kafir harbi yang didakwanya telah melanggar dasar dan konsensus Barisan Nasional.... Malah, kenyataan Mufti Pahang itu turut mengancam kesatuan dan perpaduan negara terutamanya dengan merujuk kepada Perjanjian Malaysia 1963.

"Majlis Tertinggi Barisan Nasional hendaklah mengumumkan pendirian Barisan Nasional mengenai kafir harbi itu yang bukan sahaja telah melanggar dasar dan konsensus Barisan Nasional, tetapi turut mengancam kesatuan dan perpaduan negara terutamanya dengan merujuk kepada Perjanjian Malaysia 1963," katanya.

Ewah-ewah.... Ingatkan DAP ni cuma nak kawal Pas je... Rupa-rupanya siap nak kawal Barisan Nasional lagi.... Memang sial betul DAP ni... Semua benda nak dikawalnya.... Yang tak tahan tu, siap suruh Barisan Nasional nyatakan pendirian mengenai kenyataan kafir harbi.

Macam-macam betul DAP ni... Pandai sungguh suruh orang nyatakan pendirian bagai... Kalau orang suruh dia nyatakan pendirian.... Takda pula nak nyatakan pendirian... Duk senyap menikus sorang-sorang!!-AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

 
Top