0

Penasihat DAP, Lim Kit Siang menggambarkan seolah-olah riwayat hidup politik calon Pas, Dr Abdul Rani Osman akan mati dan hancur di tangan pemimpin veteran DAP tersebut.

Disebabkan itulah Kit Siang bukan setakat mencadangkan malah mengarahkan Rani supaya menarik diri daripada bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar.

Kononnya ia bagi menghentikan segala kezaliman dan ‘pembunuhan’ yang kerap berlaku di Putrajaya.

Lagi pun kata Kit Siang, Pas ni macam sudah tiada masa depan. Langsung tiada harapan yang cerah untuk mereka menang dalam pertembungan tiga penjuru yang bakal menyaksikan perlawanan menentang calon Amanah, Azhar Ab Shukur dan calon BN, Budiman Zohdi.

"Dr Rani adalah seorang yang baik tapi parti dia (Pas) tak begitu baik.

"Saya percaya kalau dia (Abdul Rani) rela untuk sertai Pakatan Harapan, tentu kami akan terima," katanya ketika Ceramah Umum Pakatan Harapan yang berlangsung di Sungai Besar malam tadi.

Wowwwww... Kit Siang siap ajak Rani untuk menyertai Pakatan Harapan bebbbb! Nampak sangat yang Rani bakal memberi saingan yang sengit kepada calon Amanah sebab tu dorang takut dan terus mendesak Rani supaya tarik diri.

Alasan yang Kit Siang berikan konon calon Amanah lebih layak dan bakal menang sekiranya berlaku pertembungan satu lawan satu antara calon BN.

Sebagai ganjaran tarik diri, Kit Siang tawarkan untuk masuk Pakatan Harapan.

"Kalau dia (Abdul Rani) ingin sertai Amanah, PKR atau DAP, kami amat berbesar hati untuk menerima dan dia perlu menarik diri dari PRK kali ini," katanya.

Hahahaa... kalau Rani pilih untuk tarik diri dari pertembungan tersebut dan mahu untuk menyertai Pakatan Harapan. habis la riwayat hidup politiknya di tangan Kit Siang. Orang tua tu banyak agenda bukan boleh percaya sangat.-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top