0

Menteri Belia dan Sukan Khary Jamaluddin dalam satu kenyataannya memohon kepada para pengamal media supaya tidak bersikap 'sinis' atau melemparkan kritikan terhadap Kementerian Belia dan Sukan.

Menurut Khairy, media seharusnya memainkan peranan menyokong usaha KBS untuk memajukan sukan negara dengan sentiasa memberi pandangan positif terhadap satu usaha yang dilakukan oleh atlet mahupun kementerian itu.

Sedap betul Khairy mengarah para media.... Khairy ingat dengan permohonan supaya media tidak bersikap sinis tu, para pengamal media akan turut?? Jangan nak bermimpi laa Khairy... Silap hari  bulan, lagi pedas dorang punya kritikan tu.

Pelik juga laa macam mana Khairy boleh jadi seorang menteri... Baru kena kritik sikit dah merayu supaya tidak meneruskan kritikan... Kata 'Rembau Warrior'... Tapi baru kena sikit dah merayu serupa pondan... Buat malu betul Khairy ni.

Rasanya Khairy ni perlu pergi bertapa dengan Ahmad Maslan untuk kebalkan diri dengan kritikan.... Cer tengok Ahmad Maslan, tak kisah pun orang nak kritik dia atau apa saja... Dah macam orang yang takda perasaan jer!! Hahaha.

Lagipun Ahmad Maslan pernah berkata, dengan kritikan orang ramai tu tidak membunuh dirinya, sebaliknya kritikan tersebut yang membuatkan beliau berjaya sehingga hari ini.

Memang betul apa yang dikatakan Ahmad Maslan ni.... Kritikan yang dilemparkan tu bukannya dapat membunuh kita.... Tapi kritikan tersebut dapat membangunkan dan memajukan diri kita sekiranya kita dapat berfikir dengan matang.

So, demi kemajuan sukan negara yang kini dilihat tidak menentu dalam semua sukan.... Khairy terpaksalah menghadap kritikan yang dilemparkan... Ini satu-satunya cara membangunkan balik pembangunan sukan dalam negara ini. -AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

 
Top