0

Negara Thailand sering jadi tumpuan pelancong kerana mempunyai banyak tempat menarik.. Kali ni Thailand menarik perhatian lagi bila sebuah syarikat pengeluar kondom di Thailand dikatakan telah memperkenalkan kondom berperisa durian bagi memenuhi permintaan pasaran penduduk Asia.. Perisa durian pulak dah!

Sebelum ni, kondom biasanya dikeluarkan dengan perisa basic seperti mint, pisang dan strawberi jer.. Kali ni jer lain sikit! Syarikat tu pun dah memulakan proses pembuatan kondom berperisa khas tu dan dorang percaya ia bakal menjadi tumpuan kebanyakan pelanggan Asia..

‘Kreatif’ sangat yer! Lebih menarik tu, syarikat tu dikatakan memiliki rekod menghasilkan dua billion kondom setahun dan dorang menjangkakan jumlah tu akan meningkat ke angka lima billion selepas sebuah kilang baharu akan siap dibina dalam masa terdekat ni..

Miss ingatkan durian ni sesuai untuk dijadikan perisa makanan jer, tak sangka pulak orang Thailand jadikan perisa untuk kondom.. Agakya lepas ni ada perisa apa pulak lah dorang nak buat yer?? MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top