0

Pepatah ada menyebut, 'terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya'.... Inilah ungkapan atau pepatah yang sesuai ditujukan kepada Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli.

Rafizi dalam satu ceramah anjuran Parti Amanah Negara (PAN) sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar pada Sabtu lalu, mengugut untuk mengebom Parlimen dengan mahu menghantar calon PAN PRK Kuala Kangsar sebagai pengebom.

Akibat kelancangan mulut Rafizi, 4 rakyat tempatanan atau lebih dikenali sebagai pengundi 'kuale'.... Membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Pandan itu kerana kenyataan tersebut tidak disenangi oleh rakyat disitu.

Padan muka Rafizi... Sapa suruh lancang sangat... Nama je pemimpin, tapi bodoh pergi sebut nak bom orang bagai.... Memang memalukan betul!!

Nak berkempen biarlah guna bahasa yang elok sikit... Ni guna bahasa dah macam pengganas. Memang patutlah pengundi Kuala Kangsar ni membuat laporan polis....

Benda macam ni bukan boleh dibuat main... Benda bom mengebom ni perkara yang serius.. Memang patut pun Rafizi disiasat.

Orang yang bergurau kata lapangan terbang ada bom atau mahu bom lapangan terbang pun disiasat... Takkan kes Rafizi ni nak dibiarkan macam tu saja... Eloklah disiasat perkara ini.... Mana tahu 'gurauan' ini satu perkara yang mahu dilakukan.

Menurut pegundi 'Kuale' yang membuat laporan polis, kenyataan Rafizi itu boleh mengancam ketentaraman negara khususnya rakyat Kuala Kangsar yang sentiasa menyokong penuh pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Disebabkan berang dengan kenyataan biadap Rafizi, 4 orang pengundi 'Kuale' tersebut telah membuat laporan polis dan mendesak Rafizi untuk tampil menjelaskan kenyataan mahu mengebom Parlimen.

"Tak kira dari parti mana, hal bom bakar orang ini tak harus disebut. Saya minta Rafizi beri penjelasan dan jangan buat lagi," kata Mohamad Halim Mohamad Ali, 37 yang merupakan 4 'orang kuale' yang membuat laporan polis.-AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

 
Top