0

Manifesto PAN yang dikatakan hanya mengharapkan BN untuk menjayakan semua projek yang dijanjikan kepada rakyat di Kuala Kangsar untuk PRK kali ini. Perkara yang di janjikan juga merupakan projek yang bakal dilaksanakan oleh calon BN, Mastura.

Kalau dah semua manifesto PAN hanya tiru projek pembangunan yang akan dilakukan oleh Mastura, apa pulak usaha PAN untuk rakyat Kuala Kangsar... mungkin PAN buat macam ni sebab dah jangka memang parti mereka tidak mampu untuk melaksanakan apa yang dijanjikan. Sebab tu kalau PAN menang sekalipun mereka akan tetap bergantung dengan BN untuk membangunkan kawasan Kuala Kangsar.

Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata PAN tidak mungkin mampu melaksanakan tangungjawab yang dijanjikan tanpa bantuan kerajaan BN. Tujuan manifesto PAN juga hanya desakan kepada kerajaan BN untuk selesaikan projek yang dijanjikan untuk PRK ini.

"Manifesto Amanah ini lebih berupa 'desakan' agar kerajaan BN membuat itu dan ini. Kalau begini mudahlah menjadi wakil rakyat, desak sahaja ", katanya

Sandiwara PAN ini dapat melepaskan tangungjawab mereka sebagai ahli parlimen, PAN kononnya mahu goyang kaki saja bila menang PRK semua kerja BN yang akan selesaikan sebab tu agenda PAN dengan Mastura ada kesinambungan.

Hanez rasa baik pilih je Mastura, dah tentu beliau akan menunaikan agenda yang dijanjikan. Tak perlu untuk rakyat memilih PAN yang hanya akan mengharapkan BN juga akhirnya, bagi memenuhi agenda PAN yang dilaungkan ketika berkempen. PAN macam tak ada inisiatif untuk membantu rakyat, kalau dah tidak mampu untuk menjalankan tangungjawab baik undur diri je dari bertanding.

PAN yang lebih fokus kepada calonnya saja tidak boleh untuk bersaing bersama BN yang mempunyai calon yang baik serta parti yang berkebolehan dari segi kewangan. Jelas, hanya BN yang mampu menunaikan semua permintaan rakyat Kuala Kangsar.

Kalau ada calon yang hanya tahu berjanji, Kuala Kangsar tidak akan ada perubahan walaupun adanya ahli parlimen yang baru. -HanezDot/Utaranews.com 

Post a Comment

 
Top