0

Selepas mengkhianati perjuangan parti yang menjulang beliau kira-kira 22 tahun menjadi Perdana Menteri di Sungai Besar, Tun Dr Mahathir Mohamad sanggup datang ke Kuala Kangsar mencemuh pemimpin Barisan Nasional di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar.

Pernah digambarkan sebagai 'Malaysian Maverick', negarawan ulung dan pelbagai lagi puji-pujian melangit untuk beliau ketika menjadi Perdana Menteri, Mahathir hadir di Bukit Chandan, bagai seronok menambah dosanya di bulan Ramadhan dengan mencerca dan bercerita tidak benar tentang kepimpinan Negara.

Dengan skrip yang sama dan bagai 'siaran ulangan' yang diulang tayang, Mahathir naik ke pentas bersama konco-konconya. Hajat dihati beliau mahu menjatuhkan Dato' Seri Najib Tun Razak dari jawatan Perdana Menteri, tapi malangnya hasutannya kurang menjadi.

Siapa yang kenal dengan Mahathir dan sejarahnya dulu, tidak dapat nafikan bahawa beliau mampu menarik puluhan ribu rakyat Malaysia untuk mendengar ucapannya. Malah dalam gerakan propagandanya mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu dulu, lebih 100,000 orang berjaya dikerah untuk 'dipaksa' mendengar katanya di pentas.

Namun hari ini membuktikan suara beliau sudah tidak laku lagi di mata rakyat Malaysia, khususnya di Kuala Kangsar. Hanya sekitar 400-500 orang saja hadir mendengar 'khutbah maki hamun' beliau di depan sebuah premis perniagaan Cina. Itupun lebih 1/3 dari yang hadir itu adalah wakil media dan anggota polis cawangan khas.

Sebanyak itu sajakah yang sudi hadir? Mungkin ada yang mengatakan bahawa beliau tidak lagi menjadi Perdana Menteri maka tidak ramai yang berjaya 'dipaksa' untuk mendengar beliau 'meroyan' di pentas seperti dulu.

Namun jika faktor itu diambil kira, bagaimana pula sebelum ini beliau mampu mengumpul sekitar 4,000 - 5,000 orang untuk berkumpul mendengar beliau berucap di majlis-majlisnya ketika mendesak Tun Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan Perdana Menteri sebelum ini?

Ketika itu Mahathir bukan lagi Perdana Menteri, namun mampu mengajak ribuan hadirin hadir di majlis ceramahnya. Kenapa pula kini hanya kira-kira 10% saja dari jumlah itu yang sudi mendengar beliau 'merepek'?

Malulah hanya seramai itu saja yang sudi hadir. Dibandingkan namanya yang dikatakan 'pemikir dunia' dan otaknya 'dikaji', adalah memalukan jika hanya mampu mengumpul sekitar 400 orang saja untuk mendengarnya 'merepek'.

Pada pandangan penulis, itulah tandanya 'Maverick' sudah bertukar menjadi 'Pandir'. Jika 'Pandir' sekali pun, pastinya ia adalah jenis 'pandir' yang sudah berusia lanjut ekoran racaunya bagai mengalahkan orang nyanyuk!

Penulis memohon maaf jika Mahathir tersinggung dengan perkataan 'nyanyuk' itu. Namun apakah istilah yang lebih sesuai bagi lelaki yang sudah hilang pendirian, mengalami masalah lupa yang sangat teruk dan menjaja cerita tidak benar kepada orang ramai? 

Ada istilah lain untuk lelaki yang sudah mencecah lebih 91 tahun dan lebih memilih untuk mencerca orang berbanding membaca serta memahami Al-Quran di bulan Ramadhan?

Maka kerana itu, penulis mencadangkan kepada anak-anak Mahathir terutama Dato' Paduka Marina Mahathir supaya mengajak ayahnya pulang ke pangkal jalan, setidak-tidaknya ke jalan Allah yang lebih utama. 

Usahlah terlalu leka dengan Sister In Islam dan Ambiga. Pujuklah Mahathir supaya sukakan ibadah di bulan Ramadhan kerana bekalan ayahnya belum tentu cukup! -Amir Hamzah/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top