0

Kejam! Seorang lelaki di China kini menjadi buruan netizen selepas rakaman videonya membaling dua ekor anak kucing sampai mati tersebar di laman sosial.. Lelaki tu dah gila agaknya, tergamak dia bunuh dua ekor anak kucing tu dengan kejam macam tu sekali!

Kejadian kejam tu dirakam menerusi rakaman CCTV di sebuah taman dalam kawasan apartmen di Shanghai.. Miss tengok rakaman video tu pun rasa geram gila kat mamat tu, betul-betul kejam dia buat dua ekor anak kucing tu tanpa belas kasihan!

Dalam rakaman video tu, menunjukkan lelaki yang berpakaian kemeja berwarna biru tu pada awalnya dilihat cuba ‘memancing’ dua ekor anak kucing tu menghampiri ke arahnya dengan memberi makanan..

Masa anak-anak kucing tu sedang makan, lelaki tu tiba-tiba jer menangkap dua kucing tu sebelum membaling kedua si comel sekuat mungkin hingga mati.. Sakit mental jantan ni!

Lepas dia bunuh dua ekor kucing tu, lelaki berusia pertengahan usia tu boleh blah macam tu jer dan berlagak macam tak ada apa-apa yang berlaku!

Itu sebab lah mengundang kemarahan orang ramai dan mengharap lelaki tu dikenakan hukuman undang-undang.. Ada beberapa netizen mendakwa lelaki berkenaan merupakan seorang guru tuisyen bahasa Inggeris..

Macam mana lah dia boleh jadi guru dengan perangai macam setan tu yer?? Haisshh! Pihak polis pun masih belum mengesahkan identiti lelaki tu..

Miss harap lelaki tu dikenakan hukuman setimpal lah atas kekejamannya terhadap haiwan! Kalau boleh, tolak jer dia dari tingkat tinggi ke bawah.. Baru dia rasa macam mana dua kucing tu rasa! MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top