0

Sinar harapan seorang pesakit kanser telah kembali terang apabila berjaya menjalani pemindahan zakar pertama di Amerika Syarikat..

Lelaki bertuah tersebut dikenali Thomas Manning, 64 dikatakan telah menerima organ berkenaan melalui prosedur pembedahan selama 15 jam di hospital umum Massachusetts..

Thomas memperolehi organ tu daripada seorang penderma yang telah meninggal dunia.. Pemindahan zakar itu pun, perlu memenuhi tiga kriteria utama bagi menentukan kejayaan pembedahan tu..

Peringkat  pertama tu adalah penampilan kemaluan secara luaran.. Yang kedua pulak adalah untuk mewujudkan fungsi urin dan kesinambungan saluran kencing dan terakhir sekali ialah potensi untuk berfungsi secara seksual..

Memang patut memenuhi tiga kriteria tu lah noh.. Kalau tak, sia-sia jer lah buat pembedahan tu.. Kalau korang nak tahu, zakar Thomas terpaksa dipotong selepas dia disahkan mengidap kanser pada 2012 lalu..

Selepas pembedahan tu berjaya, kini Thomas amat gembira kerana dapat hidup normal kembali.. Kita yang masih sihat walafiat ni, jaga lah kesihatan baik-baik yer.. MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top