0

Inilah padahnya bila menipu! Mata tu dapat jelas melihat, tapi terhegeh-hegeh pulak nak jadi buta.. Buta betul-betul tu, baru mamat tu tahu erti penyesalan yer! Korang nak tahu apa sebabnya mamat sengal tu pura-pura buta?? Ini semua sebab duit lah!

Lelaki tersebut yang dikenali John Caltabiano, 49 berasal dari New York, mendakwa dia kehilangan penglihatannya dalam satu kemalangan di tempat kerja pada 2006.. Kemalangan lah sangat yer! Berpura-pura buta sebab nak mendapatkan bantuan kelainan upaya jer sebenarnya..

Untuk menampakkan dia begitu kasihan! Dalam borang permohonan bantuan kelainan upaya tu, John memberitahu dia tak boleh nak memandu, memasak, berjalan atau bercukur tanpa bantuan orang lain.. Dia hanya mampu duduk di dalam gelap dan mendengar suara di televisyen jer..

Lakonan mantap! Miss rasa orang yang tak dapat lihat dunia luar ni pun, dorang tak ada yang malas dan tak boleh buat apa langsung.. Ada jer yang berjaya dengan kebolehan masing-masing.. Betul tak?? Tetapi penipuan John tu, akhirnya terbongkar juga akhirnya selepas penyiasat melihat dia memandu kereta dan membaca buku..

Amboi! ‘Orang buta’ boleh memandu yer?? Disebabkan perbuatan melampaunya tu, John telah dipenjara selama empat tahun sembilan bulan kerana menipu tuntutan bantuan kurang upaya  berjumlah AS$1.3 juta (RM5.24 juta) dengan mendakwa dirinya buta.. Patutlah dia guna taktik licik tu, duit yang dia dapat tu masyuk! Huh! - MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top