0

Mengejutkan apabila seorang lelaki bahagian bakeri di pasaraya Tesco dijumpai mati dalam peti sejuk besar yang ditempatkan di premis tersebut di Thornbury, England, baru-baru ni.. Apa cer sebenarnya ni yer?? Macam mana pulak lelaki berkenaan boleh mati dalam peti tu? Ada serangan berlaku ke??

Sebenarnya yang terjadi tu, mangsa yang tidak didedahkan identitinya berusia 50 tahun tu dipercayai pengsan ketika memasuki peti sejuk ‘walk in’ pada shif awal pagi untuk mencari bekalan produk..

Kehilangannya disedari rakan sekerja yang kemudiannya menjumpainya dalam keadaan tak sedar diri di lantai peti sejuk pada jam 1.22 pagi.. Hasil pemeriksaan paramedik, mangsa dikatakan mati serta merta di tempat kejadian..

Siasatan polis pulak mendapati mangsa mati bukan disebabkan terperangkap terkunci dari dalam, sebaliknya pengsan ketika bekerja dalam stor peti sejuk terbabit..

Lebih menyedihkan tu, tak ada siapa tahu berapa lama mangsa terperangkap kat dalam peti sejuk tu.. Sedih kalau mati mengambil masa lama untuk orang lain menyedarinya.. Betul tak?? MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top