0

Seorang lelaki di Wallington, Britian dihadapkan ke Mahkamah Majistre Croydon, semalam selepas didakwa merogol warga emas berusia 70 tahun di rumah mangsa.. Nampak tak, perogol sekarang ni dah tak kira usia mangsanya.. Dorang main ‘cekup’ jer!

Perogol tak guna yang dikenali sebagai Jason Batchelor, 46, dari Wallington, London tu dituduh melakukan serangan seksual dan mendatangkan kecederaan kepada tubuh badan mangsa..

Difahamkan, mangsa diserang sebaik saja membuka pintu rumahnya ketika menyedari seseorang berada di depan rumahnya di Russell Hill Road, Purley,  pada Rabu lalu.. Selepas melihat lelaki yang tak dikenali, mangsa cuba menutup kembali pintu tu..

Namun lelaki tu kemudian bertindak menggunakan kakinya menghalang pintu tu dan merempuh masuk ke dalam rumah mangsa.. Haishh! Dasar tak guna punya orang! Korang pun tahu kan, wanita adalah insan yang lemah..

Apatah lagi di usia lanjut macam mangsa, dah tak mampu nak melawan kekuatan lelaki yang lebih muda darinya.. Betul tak?? Hukuman paling setimpal buat perogol ni, penjara seumur hidup jer.. Membiar dorang bebas di luar sana tu, mencetuskan kebimbangan orang lain jer.. MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top