0

Dek kerana individu tidak bertanggungjawab, seorang bapa kepada dua cahaya mata hampir jer hilang penglihatan mata kirinya selepas sebiji telur rebus dibaling ke arahnya ketika sedang berbasikal untuk ke tempat kerjanya di Crowthorne, Berkshire, baru-baru ni..

Korang lihat jer lah gambar lelaki kat atas tu, mata dia pun dah bengkak besar macam telur jer Miss tengok.. Kesian betoii!

Mata Dylan Watt, 37 bengkak macam telur tu selepas telur rebus tu dikatakan dibaling oleh seorang penumpang dalam sebuah kereta..

Itu sebab lah korang jangan sesuka hati membuang sampah merata tempat terutama ketika memandu.. Gara-gara korang membuang sampah sesuka hati, orang lain jugak yang merana..

Dylan mengatakan ketika tu dia sedang berbasikal menuruni bukit dilaluan basikal, tapi secara tiba-tiba dia terasa ada pukulan di kepala..

Gara-gara insiden tu, Dylan terpaksa dikejarkan ke hospital selepas matanya tak boleh dibuka dan mengalami pendarahan yang banyak.. Kecederaan tu jadi teruk akibat dia memakai cermin mata..

Dylan kini akui dia menjadi trauma untuk berbasikal untuk pergi ke tempat kerja lagi.. Yela, kalau Miss terkena pun akan serik jugak lah nak berbasikal.. Nasib baik tak buta noh.. Kalau tak, naya jer!

Bagaimanapun, polis dikatakan sedang mengesan kesan kereta jenis Peugeot 205 atau 305 yang dipercayai dinaiki suspek dalam kes Dylan..

So, korang hati-hati lah bila berbasikal atau berjalan yer.. Bukannya apa lah, takut terkena macam Dylan jer.. MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top