0

Beri sedekah pun kena saman jugak ke?? Itu pun termasuk satu kesalahan ke?? Korang pun tahu kan, bersedekah adalah satu amalan mulia.. Berkongsi rezeki kepada orang lain yang memerlukan..

Namun lain pulak yang terjadi pada seorang lelaki Kanada apabila disaman AS$175 (RM714.52) kerana selepas memberi sedekah kepada gelandangan.. Alahaiii! Ni apa cer sebenarnya yer??

Lelaki berkenaan yang dikenali Dane Rusk, 25 tu dikatakan memberi sedekah kepada seorang gelandangan di luar sebuah kedai di Regina.. Masa tu, Dane berada di dalam kereta telah membuka tali keledar untuk menghulurkan sedekah tu..

Tetapi, tak lama lepas tu Dane ditahan seorang aggota polis dan diberikan saman walaupun dia memakai tali keledar ketika disaman.. Pada masa tu jugak lah Dane diberitahu bahawa geledangan berkenaan merupakan seorang anggota polis lain yang menyamar..

Kalau korang nak tahu, Dane disaman kerana membuka tali keledar untuk memberikan sedekah kepada polis yang menyamar gelandangan tu.. Sebab tu jer pun, sekali gus Dane menyifatkan kejadian tu tak masuk akal langsung!

Memang tak masuk akal langsung, rasanya sesiapa yang baik hati macam Dane tu akan melakukan hal yang sama jugak.. Dia buka tali keledar tu sebab nak beri sedekah, tak akan itu pun tak boleh bertimbang rasa langsung.. Bukannya dia merompak seseorang pun! Pelik betoi! - MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top