0

Patut lah tempat parking shopping mall selalu bau hancing jer, rupanya ada makhluk pengotor macam lelaki kat atas tu selalu buat perangai tak senonoh! Sesuka hati jer melepaskan ‘hajat’ di merata tempat tanpa segan silu..

Korang lihat jer lah gelagat lelaki mangkuk ayun tu, selamba badak dia jer kencing kat tempat bayar parking tu.. Kat shopping mall tu tak menyediakan tandas ke, sampai nak melepaskan ‘hajat’ di tempat tak sepatutnya??

Tandas punya banyak disediakan, bengong tak nak digunakan.. Ini mesti ‘kes’ malas nak pergi ke tandas, betul tak?? Usha kiri kanan tak ada orang, apalagi lepas ‘hajat’ dengan selamba jer..

Dia tak sedar aksinya tu telah dirakam oleh seorang individu yang kebetulan ada di situ, bengong punya orang! Gara-gara air kencing dia ditinggalkan di situ, orang lain pulak terpaksa menahan mual bila bau hancing.. Pengotor betoiii!!

Tak boleh blah tu, masa bayar parking boleh pulak buat perangai jijik macam tu.. Dah tua bangka pun tak sedar diri dan tak tahu adab! Harapkan pakai kereta mewah, tapi akal diletak kat kepala lutut!

Kalau ada orang lain kencing di kawasan rumah atau kat kereta dia ke, jangan pulak dia melenting yer.. Itulah balasan atas perbuatannya yang suka mengotori tempat sesuka hati! Haatuuiihhh! - MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top