0

Bagi siapa peminat menonton filem seram, pasti tahu filem ‘The Conjuring 2’ ni.. Cerita tu memang seram dan banyak adegan mengejutkan sampai sakit dada dibuatnya.. Betul tak?? Miss rasa filem tu baru jer ditayangkan di pawagam dan dikatakan mendapat sambutan hangat..

Tapi itulah berlaku satu kejadian yang tak diduga apabila seorang lelaki berusia 65 tahun meninggal dunia akibat serangan jantung ketika menonton filem seram tu di India.. Ini betul-betul seram lah yer sampaikan ada yang kena serangan jantung hingga maut!

Lelaki berkenaan dikatakan rebah di panggung wayang Balasubramaniar Sri di Tiruvannamalai, Tamil Nadu masa filem seram tu dah sampai kemuncak tayangannya.. Dia kemudiannya dikejarkan ke hospital berdekatan sebelum disahkan meninggal dunia..

Lebih mengejutkan tu bila berlaku kejadian pelik selepas doktor menghantar mayatnya ke Hospital Kolej Perubatan Tiruvannamalai untuk bedah siasat..

Mana tidaknya, mayat dan petugas yang ditugaskan menghantar mayat tu telah hilang masa dalam perjalanan dan tak dapat dikesan langsung lepas tu..

Pergi  mana lah mayat dan petugas tu menghilang yer?? Ada yang membuat andaian mengatakan mengatakan terdapat pihak tidak dikenali telah melarikan diri dengan mayat tu untuk tujuan tertentu..

Agaknya lah yer, ada jer individu tak bertanggungjawab mencuri organ dalam mayat untuk tujuan tertentu seperti menjualnya.. Betul tak??

Bagi yang lemah semangat, jangan gedik cari pasal nak menonton yer.. Takut-takut korang pulak kena serangan jantung! MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top