0

Kaedah rawatan bekam telah wujud zaman purba Greek ribuan tahun lagi, ia sebagai kaedah perubatan yang dikatakan dapat menyembuhkan pelbagai penyakit..

Bekam ni sebenarnya kaedah membuang toksin dengan mengeluarkan darah kotor dari permukaan kulit sepertimana yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W dan para sahabat..

Di Malaysia pun rawatan bekam semakin meluas terutama di pusat-pusat rawatan bekam dan pusat rawatan kecantikan.. Tapi seorang lelaki yang dikenali sebagai Lin Lin, 69 dari Chengdu, China mengalami mimpi ngeri akibat bekam..

Korang lihat gambar di atas tu, itulah kesan akibat bekam.. Menakutkan jer melihat kesan yang dialaminya tu! Lin Lin sendiri pun tak sangka bekam yang diamalkannya selama sebulan telah meninggalkan tujuh lubang mengerikan pada bahagian belakangnya..

Dia mengamalkan rawatan kerana mengalami sakit di bahagian bahu dan dijanjikan oleh pengamal bekam bahawa kesakitan tu akan hilang.. Hilangkan sakit lah sangat, sekarang sakit lain pulak yang datang.. Lebih teruk pulak tu!

Kalau korang nak tahu, Lin Lin menjalani rawatan tu selama sebulan dan cawan untuk bekam tu dikatakan diletakkan di tempat yang sama jer setiap hari, sepanjang tempoh rawatan tu..

Lin Lin tu yang salah dan lurus bendul sangat kerana mengikut jer kata kerani di pusat rawatan tu memintanya meletakkan cawan pada kedudukan yang sama.. Itulah padahnya!

Pada 10 hari terakhir, bahagian di bekam tu mula berair tapi Lin Lin tetap meneruskan rawatan tu jugak.. Pada 20 Jun lalu pulak, keadaan Lin Lin teruk bila dia mula berasa tidak selesa dan mengalami demam.. Disebabkan tu dia terpaksa dikejarkan ke hospital.

Doktor mendapati bahagian belakang badan Lin Lin telah membengkak dan suhu badannya mencecah 37.7 darjah.. Dia bernasib baik kerana dia dibawa ke hospital dengan segera, kalau tak dia akan dijangkiti kuman.

Peringatan buat korang yer, bekam sebenarnya tak boleh dilakukan di tempat yang sama kerana ia boleh mengakibatkan kulit terbakar dan mengalami jangkitan.. Kalau degil macam Lin Lin, tanggung kesan ngeri macam gambar di atas tu yer! MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top