0

Ada suara-suara  yang membisik di telinga... Katanya Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang nak jadi perdana menteri, betul ke?? Macam angan-angan Mat Jenin pulak si HAdi Awang ni hahaaa! Atau mungkin dia cuma bermimpi di siang hari.

Pemimpin utama DAP, Lim Kit Siang ada menyatakan bahawa Hadi Awang pernah berangan dan bukan setakat berangan kosong malah serius dan mahu untuk menjadi Perdana Menteri. Angan-angan dan impian tersebut disemai ketika Pakatan Rakyat menuju pilihan raya umum tahun 2013.

Tapi menurut Kit Siang, DAP dan PKR langsung tidak bersetuju dan tidak menyokong keinginannya untuk naik menjadi pucuk kepimpinan negara.Disebabkan itulah Hadi Awang memutuskan partinya untuk menyokong dan menyebelahi UMNO... Itu menurut Kit Siang la entah betul entah tidak sebab Kit Siang pun kaki kencing jugak!

Tambah pemimpin veteran DAP itu lagi, disebabkan impiannya tidak dipenuhi maka dia memilih untuk bersama UMNO dan sanggup ‘menutup mata dan memekakkan telinga’ terhadap ‘salah laku’ yang kononnya dilakukan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Beliau tidak memberi manfaat kepada Pakatan Rakyat dan memutuskan untuk membawa lapangan politik baru buat PAS yang diketuai oleh beliau dengan bertindak sebagai 'penasihat' kepada Najib selaku presiden Umno dan perdana menteri walaupun terpaksa 'membutakan' mata dalam dua skandal global Najib yakni 1MDB bernilai RM55 bilion dan 'derma' RM4.2 bilion.

"Dalam keadaan ini, bukahlah suatu kejutan apabila Hadi tidak berminat untuk menggasak Najib walaupun bekas Perdana Menteri, (Tun Dr) Mahathir (Mohamad) bertemu beliau tiga bulan lalu untuk menjelaskan mengenai 'salah laku' Najib," katanya.

Elehhhhh... Alasan je Kit Siang ni! Padahal pemimpin DAP tu cuma nak tutup kesalahannya dan sikapnya yang rasis tehadap orang Islam. Punca sebenar keretakan Pakatan Rakyat adalah disebabkan DAP tidak sehaluan mengenai hudud.

Bukannya Pas mengambil keputusan untuk keluar dari Pakatan Rakyat kerana keinginannya untuk menjadi Perdana Menteri tidak ditunainya. Semuanya disebabkan oleh perbalahan dengan DAP berkenaan hudud. - TiraGomez/UtaraNews.com 

Post a Comment

 
Top