1

Lim Kit Siang meramalkan PAS akan bungkus di Selangor dan Perak, berdasarkan keputusan PRK Sabtu lalu. Ahli Parlimen Gelang Patah itu turut mendakwa bahawa PAS tak mungkin akan mampu bertahan tanpa DAP di PRU14 nanti.

“PAS akan menyusut daripada mempunyai 15 kerusi DUN di Selangor, dan lima kerusi di Perak pada PRU ke-13 sehingga langsung tidak mempunyai kerusi, sepertimana yang berlaku dalam tahun 2004,” jelasnya.

Gabungan pembangkang sebelum ini – Barisan Alternatif, terkubur sebelum PRU tahun 2004, justeru memberi kemenangan besar kepada Barisan Nasional yang dipimpin Tun Abdullah Ahmad Badawi pada waktu itu.

“Pada PRU ke-14, PAS Kelantan bakal berdepan kemungkinan untuk hilang kuasa ke atas negeri yang telah ditadbirnya sejak 1990, selama 23 tahun di bawah (Almarhum) Nik Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar,” katanya memberi peringatan.

PAS kini memilih untuk bergerak sendiri di platform pembangkang selepas mendakwa dianiayai oleh DAP didalam Pakatan Rakyat. DAP pula menubuhkan Pakatan Harapan bersama PKR dan parti serpihan PAS iaitu AMANAH selepas ketiadaan PAS.

Walaupun dikatakan terdapat usaha untuk memujuk kembali PAS menyertai gabungan blok pembangkang dibawah Pakatan Harapan, namun ia semakin mustahil untuk menjadi kenyataan apabila Lim Kit Siang berserta beberapa pemimpin DAP secara terbuka menyerang PAS.

Ramai penganalisis politik meramalkan bahawa PAS lebih telus dan lebih kuat jika bergerak sendiri tanpa bergabung dengan mana-mana parti.

Sikap pemimpin PAS yang cenderung untuk berkerjasama dengan pemimpin Kerajaan Pusat juga dianggap sebagai langkah bijak dari PAS untuk mengekalkan status parti melayu kedua terbesar didalam negara selepas UMNO.

Jadi, kegusaran dan serangan terbaru Lim Kit Siang terhadap PAS kini boleh dilihat sebagai langkah terdesak parti cauvinis tersebut untuk menghalang PAS menjadi lebih kuat dan penyokong melayu Pakatan beralih kepada PAS. - Utaranews.com

Post a Comment

  1. Ketua Musyrikin Penang telah sedar bahawa 'parti ternakan roket' yang dipimpin oleh Si Mat Selfie Amoi tu memang tak boleh harap dalam PRK. Setakat menghabiskan dedak cap roket je !

    Kini Ketua Musyrikin Penang gila talak merayu parti Islam siang dan malam supaya parti Islam kembali menyertai Pakatan Haprak selepas 'parti ternakan roket' gagal memenuhi impian Ketua Musyrikin Penang.

    Nasib Ketua Musyrikin Penang, parti anti-Islamnya dan barua-baruanya adalah seperti telor di hujung tanduk ! Belum jatuh, telor dah retak! Manyak susah hati ma!

    Parti Islam cerdik kerana parti Islam telah menolak godaan Ketua Musyrikin Penang yang bererti parti Islam tidak mahu menjadi 'parti ternakan roket'.

    Yang pasti ialah parti roket akan kalah dalam PRK dan PRU di seluruh negara yang akan datang sebab umat Islam telah mengetahui parti roket bersikap rasis, menghina dan menentang Islam dan menindas umat Islam dan menyokong rejim Israel yang sedang menindas dan membunuh umat Islam di Palestin.

    Hanya makhluk yang bangang, buta dan pekak sahaja akan menyokong roket!

    ReplyDelete

 
Top