0

‘Tak ada angin, tak ada ribut’, bulan lalu dapat tahu dua penyampai radio Suria FM, Adibah Noor dan Baki Zainal meletakkan jawatan secara serentak.. Khabarnya dua orang Dj ini nak tumpukan perhatian pada kerjaya masing-masing..

Adibah dalan dunia nyanyian dan Baki dalan dunia pengacaraan, dua Dj tak dedahkan perkara utama.. Tapi,ada pihak mendakwa dua Dj ‘ditekan’ oleh pihak tertentu untuk letak jawatan.. Tapi, kedua Dj ini nafikan ada sebarang tekanan..

Terkini, Miss A dapat tahu seorang lagi Dj di Suria FM iaitu Linda Onn pun dah letak jawatan.. Semalam merupakan hari terakhir linda muncul di radio Suria, apakah yang cuba dilakukan pihak Suria Fm?

Lepas Dj Adibah dan Baki tinggalkan Suria FM, kali ni giliran Linda pula tinggalkan stesen radio tu.. Dj lama semua pakat letak jawatan adakah stesen radio itu akan lingkup atau stesen radio itu akan kembali dengan Dj radio baru yang lebih ‘popular’..

Dj lama letak jawatan dan digantikan dengan Dj dari kalangan pelawak popular seperti dilakukan stesen radio Sinar FM? Dj yang dah lama berkhidmat untuk stesen radio diminta meletak jawatan atau kontrak tak disambung dan digantikan dengan Dj dari kalangan pelawak yang langsung tak ada pengalaman dalam menjadi Dj..

Kalau uolls perasaan di semua stesen radio tempatan, mesti akan ada Dj dari kalangan pelawak tempatan.. Adakah Suria Fm akan lakukan perkara yang sama sebab stesen radio tak mendapat sambutan dari pendengar?

Agak-agak pelawak mana yang akan dipilih untuk dijadikan DJ di Suria FM, adakah Zizan Razak? Sama-samalah kita tunggu siapa gerangan Dj baru yang akan ganti tempat DJ lama.. MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top